Jumaat, 10 Julai 2015

Refleksi Minggu 3

Saya berpandangan bahawa pembelajaran tajuk minggu ini tentang garis panduan dan etika penggunaan Internet sangat berguna kepada saya kerana sebelum ini saya tidak pernah mengambil berat tentang etika penggunaan Internet semasa saya melayari Internet. Sebaliknya, saya hanya menggunakan Internet tanpa mengetahui tentang lanjur etika yang harus diikuti apabila melayari Internet.

Saya memahami bahawa Internet memberi kesan yang cukup besar terhadap kehidupan manusia sama ada secara positif atau negatif. Contoh implikasi positif yang dibawa oleh Internet ialah memudahkan urusan manusia dalam kehidupan seharian serta membolehkan khalayak ramai berhubung dengan rakan yang berjauhan dengan mudah. Namun, Internet juga membawa implikasi negatif seperti disalahgunakan oleh pengguna Internet yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan penipuan atas talian serta menyebarkan virus-virus untuk menyerang komputer dan laptop orang lain.

Untuk menjadikan implikasi positif Internet lebih besar daripada implikasi negatif, setiap pengguna Internet harus mengikuti garis panduan dan etika penggunaan Internet. Apabila kita menikmati kemudahan yang dibawa oleh Internet, kita tidak harus menyalahgunakan Internet. Sebagai seorang guru, saya sedar bahawa saya bertanggungjawab untuk menunjukkan model teladan kepada anak murid untuk menggunakan Internet secara berhemah. Saya yakin bahawa dengan adanya contoh teladan yang bagus, anak-anak murid saya juga akan menjadi seorang modal insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah syumul semasa menggunakan Internet.

Selepas dikuliahkan tentang tajuk ini, saya memahami bahawa etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika. Semua isu ini harus dipegang oleh semua pengguna Internet memandangkan pelbagai isu dan masalah telah timbul kini selepas perkhidmatan Internet berkembang dengan pesat pada zaman pascamodenisasi ini.

Mengikut pemerhatian saya, dalam era maklumat ini,  terdapat beberapa masalah moral dan etika yang berlaku. Masalah-masalah tersebut telah disenaraikan di bawah.

Pernahkah kita renung-renungkan apakah punca berlakunya masalah-masalah ini? Pada pandangan saya, isu-isu ini timbul kerana terdapat golongan manusia yang pakar dan mahir dalam bidang IT tetapi mereka menggunakan kepakaran yang ada pada diri mereka itu secara sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan di sebalik perbuatan mereka itu. Saya membuat anggapan bahawa mereka berbuat demikian kerana kurang pendedahan tentang panduan dan etika serta prinsip yang harus diikuti semasa menggunakan komputer dan Internet. Dari segi prinsip etika komputer, 4 aspek perlu diberi penekanan iaitu:

Setelah menghayati kandungan dalam prinsip etika komputer, saya telah memahami bahawa kita harus memanfaatkan komputer, bukan meningkatkan risikonya. Lebih baik kita menggunakan komputer secara beretika untuk mengurangkan risiko yang dihadapi.

Akhir sekali, saya memahami setiap panduan kepada diri saya sendiri sebagai seorang pengguna komputer untuk menjaga kepentingan diri dan juga kepentingan orang lain semasa menggunakan komputer dan Internet. Sebagai seorang guru pelatih, saya sering ditugaskan untuk menghasilkan kerja kursus. Setelah menyedari tentang tanggungjawab saya sebagai pengguna komputer yang berhemah, saya tidak harus mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. Dengan erti kata saya, saya tidak harus plagiat hasil kerja orang lain tanpa meminta keizinan daripada tuan punya hasil kerja. Jika saya ingin menggunakan bahan-bahan orang lain, perlu juga saya mencatatkan rujukan sumber dengan jelas dan tepat mengikut format APA.

Dalam sesi amali, saya diminta untuk menghasilkan brosur dan PowerPoint tentang garis panduan dan etika penggunakan Internet. Sebelum menjalankan amali, saya hanya tahu serba sedikit tentang cara penggunaan powerpoint sahaja. Selepas diterangkan dengan lebih mendalam dan diamalikan, saya telah lebih menguasai cara untuk menghasilkan powerpoint yang berkesan dengan animasi dan grafik yang dapat menarik perhatian murid-murid. Secara jujurnya, saya tidak pernah membuat brosur sebelum ini. Oleh itu, saya mengambil masa yang lebih panjang untuk memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur. Selepas sesi amali, baru saya tahu bahawa dalam Microsft, bukan setakat Microsoft Word, Excel dan Powerpoint sahaja, tetapi juga terdapat Microsoft Publisher yang amat membantu kita untuk menyediakan risalah dan brosur serta kad jemputan yang menarik. Pada persepsi saya, brosur merupakan alat yang sangat sesuai untuk diedarkan kepada khalayak ramai agar dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang sesuatu isu yang berhubung kait dengan kehidupan kita. Contohnya, garis panduan dan etika penggunaan Internet.

Secara kesimpulannya, setiap panduan dan etika penggunaan internet akan saya patuhi selalu supaya menjadi seorang pengguna internet yang berhemah pada setiap masa. Selain itu, saya juga akan memanfaatkan teknik membina PowerPoint dan brosur yang dipelajari dalam minggu ini untuk pengajaran saya di sekolah kemudian. Sekian.