Pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang
disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian
dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini terutama dalam
menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif memerlukan penggunaan
aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet dan aplikasi
persembahan elektronik seperti perisian “Power point”. Aplikasi komputer ini
penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan perisian
pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer berkemampuan
mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat
dengan baik.Tambahan kini perisian komputer dapat berinteraksi secara terus
kepada pengguna. Kecanggihan penggunaan komputer ini mendatangkan kebaikan dan
keburukan jika tidak diaplikasi secara berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan