Secara jujurnya, saya tidak pernah tahu cara untuk menyimpan halaman web untuk dilihat secara offline sebelum ini. Saya memahami bahawa bagi sesiapa yang tidak berlangganan internet, sering pergi ke kafe hotspot, atau tempat lain yang memiliki koneksi Wi-Fi untuk melayari Internet. Ada kalanya golongan tersebut juga menemukan halaman website menarik yang ingin dibaca pada kemudian waktu secara offline. Tetapi masalahnya, tanpa Internet, semua website tidak boleh dibaca. Oleh itu, dalam kuliah minggu ini, saya telah mendapat tahu kebaikan "save page as" untuk menyimpan halaman web tentang bahan PdP bahasa Melayu yang saya perlukan. Dengan ini, semua bahan yang diperlukan boleh dilayari secara offline pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Maka masalah ketiadaan Wi-Fi dapat diselesaikan.
Selain boleh menyimpan halaman web, saya juga mempelajari cara untuk mengkategorikan bahan-bahan PdP mengikut kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini membolehkan folder simpanan saya kelihatan lebih kemas dan menyenangkan saya untuk mencari bahan yang diperlukan pada suatu masa nanti. Pada pandangan saya, menyimpan halaman web di komputer tidaklah sulit. Saya boleh menyimpannya melalui browser yang biasa saya gunakan, contohnya Google Chrome. Bagi saya sebagai pengguna Firefox, saya mengakses menu File > Save Page.
Selain boleh menyimpan halaman web, saya juga mempelajari cara untuk mengkategorikan bahan-bahan PdP mengikut kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini membolehkan folder simpanan saya kelihatan lebih kemas dan menyenangkan saya untuk mencari bahan yang diperlukan pada suatu masa nanti. Pada pandangan saya, menyimpan halaman web di komputer tidaklah sulit. Saya boleh menyimpannya melalui browser yang biasa saya gunakan, contohnya Google Chrome. Bagi saya sebagai pengguna Firefox, saya mengakses menu File > Save Page.
Selain Firefox, saya juga mencuba untuk menggunakan Google Chrome untuk menyimpan web page. Cara yang sama juga digunakan. Saya hanya perlu akses menu File > Save Page As
Saya rasa cara menyimpan web page dengan cara ini sangat berkesan bagi saya sebagai seorang bakal guru kerana saya boleh melayari laman yang diingini walaupun tiada perkhidmatan Internet. Dengan ini, persediaan saya untuk PdP seterusnya tidak terganggu. Setelah saya save, saya mendapati terdapat satu file .html dan sebuah folder berisi gambar dan elemen lain. Untuk membuka halaman tersebut ketika offline, klik saja file .html-nya.
Saya berasa gembira kerana sekarang, saya tidak perlu risau lagi ketika ingin membaca halaman website secara offline. Cara ini amat bermanfaat kepada saya untuk menyimpan semua laman sesawang yang ingin dilayari semasa waktu lapang.
Dalam minggu ini, saya juga didedahkan teknik mengumpul dan mengkategorikan bahan. Saya mendapati bahawa pelbagai bahan boleh saya dapatkan daripada Internet dengan hanya memasukkan kata kunci berkaitan bahan yang ingin dicari. Tetapi masalahnya ialah bagaimanakah saya boleh menyimpan semua bahan ini secara sistematik? Masalah saya diselesaikan selepas menjalankan amali minggu ini. Saya telah menjalankan amali untuk menyimpan dan mengkategorikan semua bahan dengan tersusun supaya mudah untuk mengaksesnya kemudian.
Dengan mengkategorikan bahan-bahan kemahiran bahasa kepada 3 sub kemahiran iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis, BBM yang telah saya save kelihatan teratur dalam folder yang berasingan (audio, grafik, teks, video). Cara ini boleh saya aplikasikan dan praktikkan apabila saya bertugas sebagai seorang guru di sekolah nanti. Dengan mengetahui cara pengkategorian bahan, saya boleh menyusun fail dengan cara yang lebih teratur. Bahan yang disimpan mudah dicari, menjimatkan masa dan lebih sistematik. Ringkasnya, "save page as" amat berguna kepada saya.
Selepas save bahan-bahan tersebut mengikut kategori secara teratur, saya memuat naik bahan yang telah saya kumpulkan ke dalam Dropbox untuk dikongsi dengan rakan sekelas. Dengan adanya Dropbox, saya boleh mencapai bahan-bahan yang dikumpulkan oleh rakan-rakan secara dalam talian. Dengan ini, saya tidak perlu mengakses banyak laman sesawang untuk mendapat bahan yang saya perlukan. Saya hanya perlu berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas dengan mengagihkan bahan yang perlu dicari oleh setiap individu kemudian berkongsi dalam Dropbox. Lantaran itu, semua orang akan mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.
Selain Dropbox, saya juga diperkenalkan dengan Google Drive. Selepas membandingkan kedua-dua aplikasi perkongsian bahan dalam talian ini, saya mendapati bahawa Google Drive lebih praktik untuk digunakan berbanding dengan Dropbox kerana kapasitinya lebih banyak. Oleh itu, saya berpandangan bahawa lebih elok kelas kami bertukar akaun kepada Google Drive untuk berkongsi maklumat kerana kami masih akan menuntut ilmu bersama selama 2 tahun setengah. Dalam jangka masa yang panjang ini, mestilah banyak bahan yang akan dikongsi. Jadi, Google Drive adalah lebih sesuai untuk kami memuat naik bahan-bahan yang diperlukan.
Sudah terang lagi bersuluh, saya beranggapan bahawa aplikasi perkongsian bahan secara dalam talian merupakan satu wadah yang sangat meringankan beban manusia kerana semua bahan yang dicari boleh dikongsi dengan orang lain dan semua bahan yang ada pada orang lain boleh kita muat turun untuk digunakan. Keadaan ini seakan-akan win-win kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat. Secara tidak langsung, aplikasi ini menjadi saluran yang menggalakkan kerja kolaborasi antara guru-guru untuk bersama-sama melangkah ke hadapan membentuk modal insan negara yang bakal berbakti kepada negara tercinta.

