Dalam minggu ke-7, saya telah mempelajari model pembinaan
pemprosesan maklumat. Model ini penting kerana kapasiti harddisk serta pendrive
adalah terhad. Oleh itu, lebih baik kita memproses dan menyimpan maklumat yang
diperlukan supaya dapat digunakan pada suatu masa nanti.
Dalam pemprosesan maklumat, terdapat 4 proses yang
terlibat iaitu pengengkodan, pengdekodan, ingat kembali dan lupaan. Otak
manusia mempunyai kekurangan kepada kita sebagai manusia bersifat senang lupa. Saya
memahami bahasa maklumat yang telah saya dapati itu akan menyimpan dalam
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Jika maklumat yang penting
disimpan dalam ingatan jangka pendek, maka mungkin kita akan lupa maklumat
tersebut dalam jangka masa antara 10-20
saat. Hal ini akan memberi kesan negatif kepada kita kerana bersifat pelupa dan
tidak akan diamanahkan dengan tugasan yang penting dan mustahak.
Dalam minggu ini, saya mempelajari cara untuk mendapatkan
soalan peperiksaan daripada bank soalan di dalam Internet. Saya diajar untuk
menggunakan perkhidmatan bank soalan oleh rakan-rakan yang bertugas untuk
membentang. Hal ini membantu saya mengingat bagaimana bank soalan itu digunakan
agar membolehkan saya menggunakannya untuk PdP seterusnya.
Sebelum ini, persepsi saya ialah soalan-soalan
peperiksaan disimpan oleh guru satu tahun demi satu tahun kemudian memberikan
kepada kami sebagai calon UPSR untuk menjawabnya. Rupa-rupanya dalam zaman yang
sarat dengan kecanggihan teknologi ini, soalan-soalan tersebut boleh dimuat
turun daripada Internet kerana terhadap bank soalan yang direka untuk memproses
dan menyimpan semua soalan daripada negeri-negeri yang berlainan di Malaysia.
Hal ini bukan sahaja menjimatkan masa guru untuk mengumpul soalan semua negeri
tetapi juga menjimatkan ruang untuk menyimpan kertas-kertas soalan dalam bentuk
hardcopy. Kita hanya perlu memuat
naik soalan yang diperlukan dalam bentuk softcopy
dan print kepada anak-anak murid
apabila diperlukan.
Beginilah kemudahan tapak pembelajaran yang memasukkan
bank soalan ke dalamnya untuk memudahkan kehidupan khalayak ramai tidak kira
golongan guru, murid mahupun ibu bapa. Kewujudannya memudahkan kerja seorang
guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan