Jumaat, 3 Julai 2015

Amali Minggu 2: Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, teks dan imej berdasarkan kemahiran bahasa

 
Cara mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks boleh dimulakan dengan membina satu new folder untuk memasukkan semua bahan yang ingin disimpan. Dalam contoh yang saya gunakan, nama folder itu ialah"KEMAHIRAN BAHASA". 


Selepas mengumpul segala bahan daripada internet, simpankan bahan-bahan tersebut ke dalam folder "KEMAHIRAN BAHASA" di mana dalam folder tersebut terbahagi kepada 3 folder iaitu KEMAHIRAN LISAN, KEMAHIRAN MEMBACA dan KEMAHIRAN MENULIS iaitu kemahiran-kemahiran di dalam kemahiran bahasa. Tajuk atau bahan yang telah dicari daripada Internet menggunakan enjin-enjin pencarian dimasukkan ke dalam folder mengikut kemahiran.

Selepas simpan web page yang diingini dalam folder kemahiran lisan / membaca / menulis yang dibuka tadi, bahan-bahan yang diperlukan akan disimpan dalam folder dan boleh dibuka pada bila-bila masa sahaja. Dalam setiap folder kemahiran, 5 bahan audio, 5 bahan grafik, 5 bahan teks dan 5 bahan video telah disimpan dengan kemas dalam folder yang diasingkan supaya nampak lebih tersusun dan berorganisasi.Hasilnya adalah seperti berikut:
 

Akhirnya, web page yang disimpan akan susun mengikut abjad dengan teratur dalam folder audio, grafik, teks dan video yang telah dibina itu. Sila merujuk kepada gambar-gambar di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai ini.


Bahan Audio



Bahan Grafik




Bahan Teks
 


Bahan Video


Maka dengan ini, selesai untuk mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, teks dan imej berdasarkan kemahiran bahasa! :D
 
Selepas itu, bahan-bahan tersebut dikongsi bersama dengan rakan sekelas melalui Dropbox dan Google Drive. Oleh sebab kelas kami sudah menggunakan Dropbox sejak PPISMP semester 2, jadi kami semua berkongsi maklumat dan bahan yang dicari dan dikategorikan itu dalam Dropbox. Hal ini memudahakan rakan-rakan sekelas untuk merujuk semasa memerlukan bahan-bahan untuk pengajaran nanti.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan