Jumaat, 26 Jun 2015

Refleksi Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani interaksi bersemuka  di Makmal MBMMBI IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama dengan pensyarah, Encik Suhemi bin Abdul dan rakan-rakan sekelas yang mengambil kursus BMM 3053 Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Saya difahami bahawa kursus ini diadakan dengan tujuan melengkapkan diri guru pelatih dengan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya boleh menggunakan dalam PdP apabila ditempatkan di sekolah nanti. Hal ini sesuai dengan perkembangan semasa kini yang mengutamakan penggunaan teknologi dalam zaman globalisasi pada abad ke-21 ini.

Sebelum ini, saya tidak mengenali secara mendalam tentang enjin carian. Saya hanya tahu Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer tetapi tidak tahu kegunaannya dengan meluas. Selepas menghadiri kuliah ini, saya telah mengetahui secara terperinci definisi enjin carian dan bagaimana enjin carian boleh berfungsi.

Apa itu enjin carian?
Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Bagaimana pula enjin pencari boleh berfungsi?
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna

Contoh-contoh enjin carian

Kegunaan enjin carian
    1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
    2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
    3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
    4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
    5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
    6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
    7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
    8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
    9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
    10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
    11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
    12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
    13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
    14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
    15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
    16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
      Dalam minggu ini, selain menjalankan kuliah, amali juga diadakan di dalam makmal. Tajuk amali minggu 1 ialah menghasilkan katalog bahan Internet yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sebelum ini, saya tidak tahu tentang katalog  Internet, tetapi selepas menghadiri kuliah dan membuat amali, saya tahu kepentingan pengkatalogan untuk menyediakan rekod sesuatu bahan maklumat secara tersusun dan sistematik dan memudahkan guru untuk mencari bahan tersebut apabila diperlukan. Saya yakin bahawa pengetahuan ini akan membantu saya untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk tugasan atau kerja kursus saya serta maklumat tentang pengajaran. Jadual di bawah merupakan format katalog Internet:

      Tajuk
      URL

      Sinopsis

      Selain itu, penggunaan katalog Internet juga membolehkan saya mengetahui isi kandungan laman berkenaan dariapda sinopsis yang disertakan. Hal ini dapat menjimatkan masa saya untuk mengklik satu-satu laman Internet untuk mengetahui kandungannya. Maka, keberkesanan dalam proses membuat tugasan dapat dipertingkatkan.

      Secara kesimpulannya, saya menyedari bahawa penggunaan enjin carian dalam proses PdP bahasa Melayu terlalu penting kerana zaman sekarang ialah zaman yang berlandak dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya harus pandai memilih kata kunci yang sesuai dan berkaitan dengan maklumat yang ingin dicari. Tambahan pula, saya harus menggunakan enjin carian ini dengan sebaik mungkin untuk membantu saya dalam proses pencarian maklumat yang diperlukan semasa PdP dijalankan.

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan