Rabu, 15 Julai 2015

Amali Minggu 4: Memilih bahan sastera, tatabahasa dan bidang ilmu lain daripada internet

1. Dapatkan 2 seloka dan 2 pantun empat kerat dari Internet.



 BAHAN SASTERA

URL
Pantun 4 kerat
pergi ke kedai membeli bunga,
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni..

berjalan-jalan di tepi tasik,
bila berjalan perlu berhati,
alam di jaga kan cantik,
agar dilihat sumua generasi..
Penulis
Gina Hayana

URL
Pantun 4 kerat
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Penulis
Zailiani Taslim

URL
Seloka
Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Penulis
-

URL
Seloka
Seloka pak pandir:

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
Penulis
-




2. Hasilkan grafik tentang pembentukan kata

 BAHAN TATABAHASA



3. Senaraikan:

i. 8 Taman Negara di Malaysia
ii. 6 Pusat Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia
iii. 4 Hutan Simpan di Malaysia
iv. 4 spesies haiwan yang terancam kepupusan



BAHAN BIDANG ILMU LAIN


8 Taman Negara di Malaysia
  • ·         Taman Negara Endau-Rompin
  • ·         Taman Negara Tanjung Piai
  • ·         Taman Negara Mersing
  • ·         Taman Negara Perlis
  • ·         Taman Negara Pulau Pinang
  • ·         Taman Negara Batang Ai
  • ·         Taman Negara Santubong
  • ·         Taman Negara Tanjung Datu

6 Pusat Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia
  • ·         Pusat Perlindungan Hidupan Liar Samunsam
  • ·         Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang
  • ·         Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau
  • ·         Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai
  • ·         Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungai Dusun
  • ·         Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah

4 Hutan Simpanan di Malaysia
  • ·         Hutan Lipur Sepilok
  • ·         Hutan Simpan Teluk Bahang
  • ·         Hutan Simpan Pulau Tabun
  • ·         Hutan Simpan Gomantong

4 spesies haiwan yang terancam kepupusan
  • ·         Badak Sumatera
  • ·         Okapi
  • ·         Golden Tabby Tiger
  • ·         Dolphin Sungai Yantze

Tiada ulasan:

Catat Ulasan