Jumaat, 26 Jun 2015

Refleksi Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani interaksi bersemuka  di Makmal MBMMBI IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama dengan pensyarah, Encik Suhemi bin Abdul dan rakan-rakan sekelas yang mengambil kursus BMM 3053 Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Saya difahami bahawa kursus ini diadakan dengan tujuan melengkapkan diri guru pelatih dengan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya boleh menggunakan dalam PdP apabila ditempatkan di sekolah nanti. Hal ini sesuai dengan perkembangan semasa kini yang mengutamakan penggunaan teknologi dalam zaman globalisasi pada abad ke-21 ini.

Sebelum ini, saya tidak mengenali secara mendalam tentang enjin carian. Saya hanya tahu Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer tetapi tidak tahu kegunaannya dengan meluas. Selepas menghadiri kuliah ini, saya telah mengetahui secara terperinci definisi enjin carian dan bagaimana enjin carian boleh berfungsi.

Apa itu enjin carian?
Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Bagaimana pula enjin pencari boleh berfungsi?
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna

Contoh-contoh enjin carian

Kegunaan enjin carian
    1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
    2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
    3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
    4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
    5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
    6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
    7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
    8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
    9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
    10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
    11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
    12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
    13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
    14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
    15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
    16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
      Dalam minggu ini, selain menjalankan kuliah, amali juga diadakan di dalam makmal. Tajuk amali minggu 1 ialah menghasilkan katalog bahan Internet yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sebelum ini, saya tidak tahu tentang katalog  Internet, tetapi selepas menghadiri kuliah dan membuat amali, saya tahu kepentingan pengkatalogan untuk menyediakan rekod sesuatu bahan maklumat secara tersusun dan sistematik dan memudahkan guru untuk mencari bahan tersebut apabila diperlukan. Saya yakin bahawa pengetahuan ini akan membantu saya untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk tugasan atau kerja kursus saya serta maklumat tentang pengajaran. Jadual di bawah merupakan format katalog Internet:

      Tajuk
      URL

      Sinopsis

      Selain itu, penggunaan katalog Internet juga membolehkan saya mengetahui isi kandungan laman berkenaan dariapda sinopsis yang disertakan. Hal ini dapat menjimatkan masa saya untuk mengklik satu-satu laman Internet untuk mengetahui kandungannya. Maka, keberkesanan dalam proses membuat tugasan dapat dipertingkatkan.

      Secara kesimpulannya, saya menyedari bahawa penggunaan enjin carian dalam proses PdP bahasa Melayu terlalu penting kerana zaman sekarang ialah zaman yang berlandak dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya harus pandai memilih kata kunci yang sesuai dan berkaitan dengan maklumat yang ingin dicari. Tambahan pula, saya harus menggunakan enjin carian ini dengan sebaik mungkin untuk membantu saya dalam proses pencarian maklumat yang diperlukan semasa PdP dijalankan.

      Amali Minggu 1: Senaraikan 10 katalog internet bagi kategori teks, imej, audio dan video



      Katalog Internet: Teks
      Tajuk
      Kata nama
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata nama ialah kata yang menamakan atau menyatakan makna orang, tempat, benda, binatang dan seumpamanya.
      ·         Kata nama ini boleh disertai kata bilangan di depannya, dan kata ganti tunjuk ini atau itu di belakangnya.
      ·         Kata nama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama

      Tajuk
      Kata kerja
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
      ·         Kata kerja tak transitif dapat dibahagi kepada dua kumpulan yang lain, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif  berpelengkap.
      ·         Kata kerja transitif juga terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 

      Tajuk
      Kata adjektif
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
      ·         Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

      Tajuk
      Kata tugas
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat,di bahagian hadapan frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

      Tajuk
      Kata sendi nama
      URL
      Sinopsis
      ·         Dalam tatabahasa, kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu frasa kata depan. Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa".
      ·         Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di".
      ·         Dalam kata mudah, kata sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu ayat.

      Tajuk
      Kata hubung
      URL
      Sinopsis
      ·         Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat
      ·         Contoh:
      a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
      b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
      c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap(penggabungan ayat)
      ·         Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
      a)      Kata hubung gabungan
      b)      Kata hubung pancangan
      c)      Kata hubung berpasangan

      Tajuk
      Kata tanya
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.
      ·         Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda tanya (?) dalam tulisan.

      Tajuk
      Kata seru
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata seru ialah kata yang digunakan oleh seseorang untuk menggambarkan perasaan seperti gembira, sedih, sakit, marah, mengejek, terkejut, benci, puas hati, hairan, kagum dan sebagainya.
      ·         Kata seru dalam bahasa Melayu baku adalah seperti ah, eh, aduh, aduhai, amboi, cis, hai, nah, wahai, syabas dan sebagainya.

      Tajuk
      Kata perintah
      URL
      Sinopsis
      ·         Digunakan supaya seseorang mematuhi sesuate perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan
      ·         Digunakan untuk membentuk ayat perintah
      ·          Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya

      Tajuk
      Kata pemeri
      URL
      Sinopsis
      ·         Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
      ·         Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
      ·         Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
      ·         Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.



      Katalog Internet:  Imej
      Tajuk
      Huruf besar
      URL
      Sinopsis
      ·         Huruf besar A-Z

      Tajuk
      Huruf kecil
      URL
      Sinopsis
      ·         Huruf kecil a-z

      Tajuk
      Suku kata KVKV
      URL

      Sinopsis
      ·         Suku kata KVKV bergambar

      Tajuk
      Suku kata KVK
      URL
      Sinopsis
      ·         Suku kata KVK bergambar

      Tajuk
      Suku kata KVKVK
      URL

      Sinopsis
      ·         Kad suku kata KVKVK

      Tajuk
      Suku kata KVKVKV
      URL
      Sinopsis
      ·         Kad suku kata KVKVKV

      Tajuk
      Diftong
      URL
      Sinopsis
      ·         Kad perkataan diftong bergambar

      Tajuk
      Digraf
      URL
      Sinopsis
      ·         Senarai perkataan digraf

      Tajuk
      Abjad Jawi
      URL
      Sinopsis
      ·         Abjad Jawi bentuk tunggal

      Tajuk
      Jawi dan padanan Rumi
      URL
      Sinopsis
      ·         Huruf Jawi dan padanan Rumi



      Katalog Internet:  Audio
      Tajuk
      Lagu Keranamu Malaysia
      URL
      Sinopsis
      ·         Keranamu kami mendakap tuah
      Keranamu kami bangsa berjaya
      Keranamu kami hidup selesa
      Limpah budi kemakmuran negara

      Tajuk
      Lagu Jalur Gemilang
      URL
      Sinopsis
      ·         Jalur gemilang... di bawah naunganmu
      Jalur gemilang... kami semua bersatu
      Perpaduan ketaatan
      Amalan murni rakyat Malaysia

      Tajuk
      Lagu kanak-kanak
      URL
      Sinopsis
      ·         Sayang ayah ibu
      ·         Sayang keluarga
      ·         Serangga
      ·         Kiri dan kanan

      Tajuk
      Lagu Satu Malaysia
      URL
      Sinopsis
      ·         Kita satu bangsa, Kita satu Negara
      Kita satu matlamat, oooo
      Kita satu bangsa, satu Negara
      Kita satu Malaysia

      Tajuk
      Lagu Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
      URL
      Sinopsis
      ·         Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
      Kita bersatu melangkah bergandingan bersama
      Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
      Kita Satu Malaysia

      Tajuk
      Lagu tema rasmi 1 Malaysia
      URL

      Sinopsis
      ·         Satu Malaysia jadi pegangan
      Rukun negara teras panduan
      Satu Malaysia benteng negara
      Rakyat Malaysia taat setia

      Tajuk
      Lagu Negaraku
      URL
      Sinopsis
      ·         Lagu kebangsaan Malaysia

      Tajuk
      Lagu-lagu Patriotik
      URL
      Sinopsis
      ·         Negaraku
      ·         1 Malaysia
      ·         Jalur Gemilang

      Tajuk
      Koleksi Lagu Patriotik
      URL

      Sinopsis
      ·         3 fail yang mengandungi koleksi lagu patriotik

      Tajuk
      Koleksi Lagu Tema Hari Guru
      URL
      Sinopsis
      ·         Pelbagai lagu tema Hari Guru disertakan link untuk memuat turun



      Katalog Internet:  Video
      Tajuk
      Alaa! Tak Pakai Tali Pinggang Pun Takpe!
      URL
      Sinopsis
      ·         Video ini mengingatkan orang ramai supaya memakai tali pinggang keledar

      Tajuk
      Gagak yang bijak
      URL
      Sinopsis
      ·         Cerita ini berkisar tentang seekor gagak yang pandai menyelesaikan masalah

      Tajuk
      Ikan kekek
      URL
      Sinopsis
      ·         Lagu ini ialah lagu tradisional kanak-kanak

      Tajuk
      Jimat elektrik
      URL
      Sinopsis
      ·         Video ini mengingatkan orang ramai supaya menjimat elektrik

      Tajuk
      Rasuah
      URL
      Sinopsis
      ·         Video ini mengingatkan orang ramai supaya jangan memberi atau menerima rasuah

      Tajuk
      Hikayat Sang Kancil dan Buaya
      URL
      Sinopsis
      ·         Cerita ini berkisar tentang kebijaksanaan kancil memperdaya buaya

      Tajuk
      Mencegah denggi
      URL
      Sinopsis
      ·         Video ini mengingatkan orang ramai tentang cara mencegah denggi dan kesannya

      Tajuk
      Arnab yang sombong
      URL
      Sinopsis
      ·         Cerita ini berkisar tentang kesan di sebalik kesombongan arnab

      Tajuk
      Kalau rasa gembira
      URL
      Sinopsis
      ·         Lagu ini menggembirakan kanak-kanak

      Tajuk
      Johan Bercerita Kebangsaan 2012 Sepang
      URL
      Sinopsis
      ·         Video ini tentang seorang murid yang bercerita dengan penuh emosi berserta dengan gerak tangan dan mimik muka yang sesuai